Sunday 6 May 2012

impian faizlaa



 Saya Abdul Faiz Bin Mohd Rashid. Saya ingin menceritakan tentang diri saya yang tak hensem tapi kacak tu adalah sedikit haha ,gurau sahaja hahaha .Cita-cita saya ingin menjadi seorang welder inspector. Saya amar gemar dalam bidang kimpalan ataupun fabrikasi logam. Welding ialah salah satu kerja yang berat dan penat tetapi jikalau ada minat tak kemana penat itu semua . Pada mulanya berlajar welding ni agak penat juga sebab bagi sesiapa yang tiada basic macam saya ni agak susah  nak dapat cara mengimpal dengan betul. Lama-lama skill yang selama ni aku belajar sudah pun aku dapat  untuk kimpal dengan betul. Tidak sabar bila dah dapat kerja di luar sana, boleh mendapat gaji atau pendapatan yang lebih untuk sara hidup sendiri. Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan di dalam dunia dan di akhirat supaya mendapat keberkatan dalam hidup dan tidak lupa kepada ibu bapa saya rakan-rakan saya yang selalu menyokong saya dan memberi semangat kepada saya supaya saya berlajar bersungguh-sungguh. Akhir daripada saya Assalamualaikum *renung-renungkan dan selamat beramal